Saturday, February 14, 2009

XXVI ~ 26

Teman,
Terima Kasih kerana kau sudi menghadirkan diri menemani perjalanan.
Mengenalimu.. banyak mengajar aku tentang kesabaran dan pengertian.
Walau cuma seketika.. tak kan terluput kau dari ingatan.

Dalam hidup ini,
Bukan hanya kita yang saling kenal dan mengasihi.
Kau dengan hidupmu yang kau jalani.. begitu juga aku yang punya arah tujuan sendiri.
Siapa dan dimana jodoh kita.. akuilah olehmu yang kita tak berdaya untuk menentu atau meneka.

Sejujurnya,
Kau memang benar istimewa..
Seribu impian dan harapan sekelip mata jadi beban tak tergalaskan.
Entah kau mengerti ataupun tidak, bukanlah syarat untuk kulepas semua dari genggaman..

Hingga akhirnya aku sedari,
Mungkin lebih baik kiranya aku cuma jalani hari, tanpa mimpi yang akan merobek hatiku nanti.
Kau bukan lah suatu yang pasti, ibarat indah kiambang akar tak jejak kedasar bumi.
Apa dan bagaimana akhirnya kita, hanya Yang Maha Kuasa lebih mengetahui.

Teman,
Dimatamu, mungkin bukan aku permaisuri..
Dihatimu, mungkin ada dia menemani singgahsana..
Andai benar aku bukan Takdirmu, aku tetap tau itu adalah yang terbaik untukmu..

Semoga hati yang dititipkan, kan kembali pada tuan nya badan..

2 comments:

Anonymous said...

ren...siapa dia? lesung pipit ey?

Redynne™ said...

ehem.... sape tu..? hmmmm...

Blog Widget by LinkWithin