Monday, June 16, 2008

III ~ 3

Seringkali..kita menepis tiap persoalan yang melibatkan masa depan. Kerana sebagai manusia kita lebih senang berserah pada Takdir untuk menentukan. Itu jua jawapan yang sering kita berikan bila arah tujuan bertemu kebuntuan.

Kita lebih memilih untuk tetap terus menjalani hari hari berbekalkan semangat diri kerana kita tak kuasa memikirkan dan seakan bagai tak berdaya untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal terjadi. Benarkah setiap masalah akan ada jalan penyelesaian? Sedangkan kita cukup tau yang ia akan tetap membelenggu disetiap masa dan ketika.

Kita kerapkali menipu hati bahwa luka yang diguriskan akan lenyap ditelan hari, terus dilupa dan hilang tanpa jejak atau kesan. Semua itu pembohongan.... kerana apa yang aku alami hari ini tak satu pun bagai yang dikhabarkan.

Aku adalah saksi sebuah kehidupan yang berlandaskan kenyataan. Walau dimata ini hidup terlalu indah dipenuhi warna-warna ceria, dihatiku... merintih duka....©

No comments:

Blog Widget by LinkWithin