Friday, July 15, 2011

LXXIV ~ 74




lupakah?

pada titis darah nan merah
keringat yang diperah
airmata mengalir
memamah ubi mengundang senak?

lupakah?

pada keris dan parang
semangat waja yang berjuang
namun tak digah nama pendekar
pertahankan maruah bumi yang kau calar?

melayu

hanya dibumi INI kau disanjung
hanya disini kau merdeka
mana berani caci dan umpat
ditanah INI
hanya kau yang agung

jangan kau durhaka
permain daulat kerana nama
bersimpul kata kerana harta
bertikam belakang kiri kanan dan tepi
didepan,
bak tikus ditangkap mencuri

lihatlah..

mereka disana
tertawa gembira berdekah
betapa mudah.... jiwamu berpaling tadah


1 comments:

Naz said...

Daulat Tuanku....

Blog Widget by LinkWithin