Monday, July 20, 2009

XLIII ~ 43


Resah..
menanti hukuman
beribu tahun

Resah..
menanti balasan
api kemurkaan

merintih aku disini
gelap pekat malam yang sunyi
resah berdosa aku sendiri
bersimpuh hina
dalam tangisan

Segalanya..
tiada satupun milikku
terpedaya aku godaan dunia
angkuh melangkah
dengan sifat sifat pinjaman
dariMu

Tuhanku..
kupohon belas sayangMu
kuharap belas kasihMu
ampunilah dosa dosaku
bagai pasir
dan buih dilautan

Tuhanku..
tak mungkinku undur masa
tersesat aku dalam RahmatMu
namun
tiada kuingin Kau menjauh
membiar aku
terlontar dipenghujung dunia
dalam kekurangan
kasih sayangMu..

*
*
*
*
Semoga Kau sentiasa memandangku
dengan kasih seperti dulu..


2 comments:

mamai said...

sesungguhnya dia yang maha pengasih dan pengampun.

masa berlalu tak mungkin dapt dikembalikan tapi yang aka datang usah dipersiakan

Redynne™ said...

sama sama kita saling mengingatkan..

*Terima Kasih kerana selalu ada disini.. :)

Blog Widget by LinkWithin