Friday, July 3, 2009

XL ~ 40


Butakah matamu?
Membiar kurebah..

Dan..
Salahkah aku?
Andai jalan ini kususuri?
Andai warna ini kulukis?
Meniti hidup milikku sendiri
Sedang kalian hanya melihat
dan sinis
dari hujung kerlingan

walau tersandung langkah ini
walau hitam warna pelangi
walau ngeri mainan mimpi..
walau sakit teman setia..
hidup ini pilihan sendiri


Jangan kau sangka
Hidup yang kejam memusnahku
Kerana aku..
semakin kebal dengan tingkahmu..



*2hb Julai 2009
~2.05am

8 comments:

mamai said...

jalan berliku...
kaki tersandung
mereka bersorak
hati ku marah
tapi aku tetap tabah

Redynne™ said...

biar marah..
mereka tetap bersorak
abaikan..
nanti pasti kepenatan

a.b geldofg said...

hidup ini umpama sakit gigi

Redynne™ said...

a.b geldofg..

antara sakit gigi dan sakit hati.. mana yang lebih sakit ye.. :)

mamai said...

mana menghilang

Redynne™ said...

membawa diri.. :)

Naz said...

criter sedey ni... sabar yer... :)

Redynne™ said...

sabar je la sabreena... :)

Blog Widget by LinkWithin