Sunday, June 21, 2009

XXXVII ~ 37





Kau..

Ramai bertanya dimana berada
Terkunci cerita jadi rahsia
Pahit ditelan bagaikan madu
Derita ditanggung tiada yang tau

Selatan ke Barat kujalani Takdir
Ingatan disimpan tiada mungkir
Kerdil hidup mengharap belas
Namun kasih tiada berbalas

Tiada kata dapat huraikan
Ketidakhadiranmu satu kebiasaan
Menjauh diri dari Amanah
Permata hidup kau hirau tak pernah

Namun begitu kau tetap satu
Tiada dirimu tiadalah aku
Aku akur dosa membenci
Namun..
luka masih berbekas dihati..
*
*
*
Andai kau mampu..
Ampunilah aku..



*Dimanapun dirimu, semoga kau dalam lindungan Allah selalu..
~21 June 2009

7 comments:

Naz said...

Saya dah baca 5 kali luahan hati ni. mungkin sukar utk memaafkan beliau. tp saya x fikir dengan membenci beliau, akan mengubah situasi. malah akan menjadi semakin keruh. maafkan saja. walaupun, beliau terlupa tanggung jawab yang sebenar, namun dia hanyalah insan biasa. Insyaallah 1 hari nanti beliau akan tersedar dr kekhilafan dan kesilapan selama ini... awak jangan putus doakan untuk dia...

Redynne™ said...

Terima kasih naz..

semoga saja pemberian maaf semudah permintaan... :)

hysMan.. said...

saya sokong ape yg dikhabarkan oleh Naz..sedangkan Rasullulah yg maasum itu pon memaafkan umatnya apetah lagi kita ini yg daif ttg ilmu dunia akhirat..
senjata yg terbaek adalah berdoa selagi termampu..
:)

~mantop la ko Naz,baru aku tahu ko nih baguih juga berbahasa puitis nih..hehee..

Redynne™ said...

Hysman,

Terima kasih..

Saya cuba..dan akan terus mencuba.. :)

Naz said...

Man...
betul Man... terapi yang paling mujarab utk hati ialah memaafkan org.

>sebelum ni ko x tau ker? hehehe

Naz said...

Redynne..
Kasih diterima... hehehehe... :p

alangkah kalau semudah itu kan Redynne... semoga hasilnya begitu, amin...

Redynne™ said...

mudah2an..

semoga hati saya jernih untuk memaafkan..

Blog Widget by LinkWithin