Wednesday, September 3, 2008

V ~ 5

Kelmarin... ada seseorang yang kehilangan.. Walau tiada teriak tangis ratapi pemergian, ku tahu.. disebalik wajah tenang itu, tersembunyi duka yang memilukan. Tabah benar hatinya, kala jenazah suami tercinta diusung menuju persemadian..

Dia.. yang aku kenali, seorang isteri yang aku kagumi.. Hati dan diri dipersembah seluruhnya buat suami tercinta. Kutemui kesempatan untuk menyaksi semua walau hanya untuk beberapa hari. Setiap tawa, gurau senda dan tangis jadi penyeri rumahtangga yang dibina. Dia tak pernah menyesal walau dimata yang membenci, suami nya bukan pilihan terbaik. Baginya, suaminya yang merendah diri..adalah yang terbaik Allah jodohkan sebagai teman hidup. Bukan harta melimpah ruah yang dia ingini, cukuplah sekadar seorang suami yang mampu untuk jadi penghulu dimahligai cinta.

Iri hatiku melihat kemesraan mereka..

Mungkinkah bahagia itu aku rasai..?

Tapi dikelmarin itu... hatiku berduka untuk dia. Entah betapa hancur hatinya, aku pun tak dapat meneka. Namun ku tahu.. disebalik wajah tenang itu, ada kekuatan untuk dia meneruskan hidupnya sendirian. Gagah benar hatinya, kala airmata dipipi dikeringkan memujuk anak anaknya yang tak mahu menghenti tangis.. memujuk taulan yang terlalu bersedih..

Mungkinkah Tabah itu aku miliki..? ©

No comments:

Blog Widget by LinkWithin